Infolinks In Text Ads

Ciri ciri perbankan konvensional

Ciri-ciri perbankan konvensional
1. Membayar kadar faedah atas deposit daripada penyimpan. Bank konvensional menyediakan akaun simpanan tetap dan akaun simpanan untuk mengumpulkan deposit daripada para penyimpan dengan cara membayar faedah.

2. Mengenakan faedah atas pinjaman yang dberi kepada si peminjam atau pelabur. Bank konvensional memberi kredit kepada pelabur dalam bentuk pinjaman dan overdraf dengan mengenakan faedah.

3. Bank konvensional mengamalkan prinsip keuntungen maksimum dalam pelaburannya, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Bidang pelaburan yang boleh dilakukan amat luas, merangkumi perhotelan, hiburan, anjuran pertunjukan fesyen, aktiviti mengadu nasib seperti kasino, rafe, jakpot roulete serta jualan semua jenis barang termasuk minuman keras dan makan yang tidak dihalalkan olek Islam.

4. Bank konvensional kurang menitikberatkan unsur spiritual atau keagamaan dalam operasinya. Walau bagaimanapun, bank konvensional turut menjalankan tanggungjawab sosial, seperti memberi sumbangan kepada pembinaan hospital, masjid, rumah orang cacat atau pemeliharaan alam.

0 comments:

Posting Komentar